my FIRST fieldwork ialah fieldwork mengukur profil rentas sungai....fieldwork adalah di Sungai Bernam...
antara alat-alat yang digunakan ialah :
- Pancang jajar
- pancang jajar merupakan tiang tinggi berukuran 2 meter yang bertanda merah putih setiap 50cm.
- ia digunakan untuk menjajar sesuatu pengukuran linear semasa mengukur profil.
pancang jajar |
|
- Pita pengukur
- Pita pengukur digunakan untuk kerja-kerja pengukuran jarak.
- Klinometer
- Klinometer digunakan untuk menentukan sudut rendah atau tinggi.
- Jaket keselamatan
- Jaket keselamatan diperlukan sebagai langkah keselamatan apabila melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan air.
- Alat tulis
- Digunakan untuk mencatat dan merekodkan setiap pencerapan atau pengukuran.
Seterusnya...langkah-langkah yang terlibat dalam pencerapan dan pegukuran profil rentas sungai....
Langkah yang terlibat dalam pengukuran profil rentas Sungai Bernam:
1. Langkah pertama sebelum memulakan kerja penandaan dan pengukuran adalah meninjau kawasan yang hendak diukur. Dengan tinjauan ini, gambaran mengenai keadaan rupabumi kawasan tersebut diperolehi dan dapat mengesan kawasan yang paling sesuai untuk memudahkan kerja penandaan dan pengukuran dilakukan.
2. Apabila kawasan yang hendak diukur telah dikenalpasti, di tempat permulaan iaitu stesen1, ambil 2 batang pancang jajar dan dan labelkan pancang jajar tersebut iaitu pancang A dan pancang B. Kemudian pacakkan nya dengan jarak 2 meter antara pancang jajar tersebut. Jarak antara pancang tersebut adalah tetap.
3. Pastikan bahawa kedua-dua pancang jajar tegak dan tidak condong. Minta pembantu untuk memegang pancang jajar tersebut.
4. Ambil klinometer dan rapatkan pada pancang jajar A pada tanda ketinggian yang sesuai. Semasa memegang klinometer pastikan ia berada di sebelah kanan. Pastikan klinometer itu tidak bergerak.supaya bacaan sudut yang tepat dapat diambil. Maklumat kanta hanya akan memberikan maklumat yang betul apabila ia berasa dikedudukannya betul.
5. Kemudian, tutup satu mata dan lihat pancang jajar yang satu lagi iaitu pancang jajar B pada tanda ketinggian yang telah ditetapkan dan sama seperti pancang jajar A melalui kanta klinometer. Melalui kanta klinometer tersebut kita dapat melihat sudut. Sudut klinometer itu perlu dilaraskan sehingga sudut yang betul ditemui yang menunjukkan tanda ketinggian pada pancang jajar B.
6. Ambil bacaan sudut tersebut dan rekodkannya.
7. Seterusya, selepas bacaan direkod, angkat pancang jajar A dan bawa ke hadapan pancang jajar B dengan jarak yang sama antara pancang jajar tersebut iaitu 2 meter untuk mengambil bacaan sudut yang seterusnya. Pancang jajar A yang telah diangkat tadi akan ditukar menjadi pancang jajar C apabila berada di hadapan pancang jajar B. Pancang jajar B tidak perlu diangkat. Bacaan sudut akan diambil dari pancang jajar B ke pancang jajar C.
8. Data yang diperoleh di rekod dan cara pengukuran dan pencerapan yang serupa dilakukan bagi stesen-stesen yang berikutnya sehingga penghabisan untuk rentasan tersebut.
my group ^_^ |
so, inilah fieldwork first saya bersama kawan2 yang laen.....best sangat dpt g fieldwork....
dpt lecturer yg sporting...lagi best....hehe....~ ~
last but not least...saya hope post saya ney bergune utk korang....anyeong gaseyo....^^