Sunday 20 April 2014




 u make me smile for no reason, and  u're the best thing that have ever happened to me 


#thankyou

Thursday 12 December 2013

BAHAGIA YG KU CARI?

Belajarlah untuk bahagia..carilah bahagia selagi mampu..hargailah bahagia ketika ia ada..andai bahagia itu pergi...ingatlah kenangan bahagia itu...bersyukurlah kerana Allah mengizinkan kita kecapi bahagia walaupun seketika...hidup ini sentiasa berubah...hidup ini indah..hidup ini penuh warna warni...moga hidup ini sentiasa bersama rahmat dan berkat Allah swt...kerana itu lebih membahagiakan... katanye..
Dan kuharap bahagia yang aq nikmati kini berterusan. sungguh aq bahagia dengan keadaan sekelilingku, keluarga, sahabat, dan kehadiran si dia. si dia dan aq, masih jauh untuk disimpulkan. andai jodoh itu milik kita, kita akan disatukan.

 apepun hati ini tetap milik ALLAH S.W.T.


Sunday 29 September 2013

ASSALAMUALAIKUM.

lame dok post entry baru... almaklumlah cuti panjang..3 bulan kot...
dlm cuti tu xkeje pun, just tolong bisnes family... kire keje jugak la tu kan...

sekarang cik isma ni dah masuk sem 5.. klau ikutkan da  4 minggu cik isma da berada kat cni..

antara subjek yg cik isma ni ambik antaranya:

- GIS
- METOD
- KPD
- PRINSIP PERAKAUNAN
- EL4

tu je yg cik isma amik sem ni.. kire2 rasenye ade 4 je final exam.. 4 final pun tp killer subjek aper.. apepown seyum je la cik isma oi..

hai2..mgu pertama da dapat tugasan baik punyer...naseb la.. da name student..
tp In Shaa Allah cik isma buat yang terbaikk.. dalam hidup ni, kita kena la selalu motivate diri kita.. jgnla dok kata x bleh2, susah2, dah tu cane nk maju gtu...lg satu x jalan la keje klau mulut dok kata susah2, tp usaha xde.. usaha dulu.. xboleh jgk tnye org.. ramai kan org sekeliling kita, kawan, lec, family..pasti boleh punyer..da n satu lagi x yah malu sangat la..manusia mana ade hak sempurna..ada baiknya kita tak sempurna. Klau camtu kita tahu sapa yang benar-benar ikhlas dan selesa nak bersama dengan kita...panjang pulak syarahan cik isma ni..

ok la tu aje cik isma nk ckp..cik isma stop cni dlu la ye... As Salam... ^_^

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT

- always be happy ye -







Tuesday 11 June 2013

UNCLOS??

UNCLOS

Konvensyen Hukum Laut Anatarabangsa (UNCLOS) merupakan sebuah rangka kerja undang-undang yang multilateral dan komprehensif dalam membantu negara2 untuk menggalakkan penggunaaan lautan yang aman, adil dan mampan dan menghormati kedaulatan antara satu sama lain.

UNCLOS ini merupakan satu perjanjian pakej dan telah membuat kesimpilan selepas 9 tahun  dengan 11 sesi rundingan dari tahun 1973 sehingga 1982.
UNCLOS telah ditandatangi secara rasmi pada 10 Disember 1982 di Montego Bay, Jamaica.
Ia melibatkan 60 buah negara.

Konvensyen ini diiktiraf oleh perlembagaan dunia lautan dengan lebih 300 artikel dan peruntukan yang komprehensif mengenai eksporasi dan pengurusan lautan.

Tujuan UNCLOS

- ia dapat digunakan untuk membendung dan menguruskan ancaman kepada keselmatan maritim.
- membantu pihak2 mengenalpasti dan menrapatkan subjek pertikaian kedaulatan
- menyediakan asas dalam bagi pihak yang membuat tuntutan maritim yang sah dan menentukan hak dan tanggungjawab negara persisiran dan juga negara lain

perjanjian ini menandatangani mengenai beberapa topik seperti hak pelayaran, hak2 ekonomi, pencemaran laut, penerokaan saintifik, cetak rompak, dan banyak lagi.


perjajian ini merupakan yang paling lama dalam sejarah.

2  masalah yang sering dihadapi dunia lautan
- kekurangan stok ikan dalam kawasan menangkap ikan yang popular seperti kawasan utara.
- ancaman kepada pencemaran daripada sisa yang dilepaskan oleh kapal tangki minyak yang membawa bahan2 berbahaya di seluruh dunia yang mana boleh mengancam kawasan peranginan tepi pantai dan hidupan laut

2 isu ini berlaku disebabkan oleh perkembangan teknologi perikanan dimana bot2 nelayan boleh bergerak pada jarak yang lebih jauh daripada negara asal mereka untuk mendapatkan hasil yang lebih lumayan.

Peranan UNCLOS

1) Mengehadkan dan menjelaskan tentang subjek tuntutan wilayah 
-Bg tuntutan wilayah, UNCLOS boleh digunakan untuk memperincikan dan menjelaskan subjek pertiakaian  wilayah walaupun tidak mengandungi peruntukan berkaitan tentang kedaulatan wilayah.
-subjek pertikaian kedaulatan yang memberi kesan kepada kesleematan maritim berlaku di Laut China Selatan kebanyakkannya. 
-Cth seperti pulau tengah laut di LCS.

2) Mewujudkan asas undang2 bagi tuntutan maritim
- UNCLOS menyediakan asas kepada negara yang membuat tuntutan maritim yang sah dan menentukan hak-hak dan tanggungjawab negara2 perairan dan negara2 lain.
- jika pertindihan berlaku antara zon maritim negra, persempadan maritim akan dilakukan untuk penyelesaian bersama

3) Wujudkan tatacara yang lain 
- tidak hanya menyediakan asas undang yang menggambarkan zon maritim tetapi turut menyediakan rejim undang-undang bagi setiap zon.
- perundangan dari sifat zon disifatkan dari segi hak dan tanggungjawab negara.
- negara2 lain mempunyai tanggungjawab utnuk menghormati hak dan tanggunjawab negara pantai dan sebaliknya.
Antara tatacara yang diwujudkan ialah Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) 
- melalui ZEE, semua negara pesisir pantai diberikan hak untuk mendirikan zon  iaitu kira2 200 batu nautika (321.8 km) dari garis pantai negara mereka. 
-ZEE ini memberi kedaulatan kepada negara2 pesisir atas semua sumber daya di dalam zon itu termasuk laut dan dasar laut. 
- negara2 pesisir juga diberi hak untuk melewati ZEE melalui laut dan pernerbangan melalui udara

4) Mencadangkan mekanisme penyelesaian 
- mekanisme penyelesaian pertikaian yang diperuntukkan di Bahgian XV UNCLOS adalah bertujuan untuk bantu pihak2 ahli menyelesaikan perbezaan pendapat mereka mengenai tafsiran dan pelaksanaan obligasi Konvensyen. 
- UNCLOS menekankan prinsip penyelesaian secara aman.
- prinsip UNCLOS - apa2 pertikaian dilakukan dengan memberi pandangan dan perdamaian, namun jika xdapat diselelsaikan juga, maka perlu mengambil langkah2 kehakiman.
- maka ia kan melibatkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Tribunal Tuntutan Antarabangsa mengenai undang2 laut.

5) Wujudkan kerjasama
- Akibat tuntuan hak ke atas maritim masing2, berlaku ancaman kepada keselematan maritim.
- Negara2 yang terlibat teragak-agak untuk bekerjasama.
- Oleh itu, UNCLOS telah membetapkan rangka kerja kerjasama dalam perlindungan dan pemuliaharaan alam sekitar marin, marin penyelidikan saintifik, pembangunan dan pemindahan teknologi marin dan menghormati hak2 negeri dikuci atau negeri kelemahan geografi.
- Sementara menunggu penyelesaian muktamad kepada pertikaian kedaulatan, negara harus bekerjasama antara satu smaa lain di kawasan2 di bawah peruntukan 123 untuk mengawal ancaman kepada keselematan tradisional di LCS.
- Cth spt kerjasama antar Malaysia dan Thailand melalui Joint Development Area.

GREAT LEAP FORWARD???

Great Leap Forward  (GLF)

GLF merupakan satu dasar atau rancangan ekonomi yang telah diperkenalkan oleh Mao Zedong. Mao Zedong merupakan pemimpin kepada Parti Komunis China dan pemimpin negara China selepas Chiang. GLF ini telah dilancarkan pada tahun 1958 sehingga 1961. 

Pada Nov  1957, semasa mesyuarat wakil komunis dan Parti Pekerja di Moscow, yang dipengerusikan oleh Mao telah mencadangkan satu matlamat untuk mengatasi Great Britain dalam pengeluaran industri. Mao Zedong telah memperkenalkan GLF ini. Dalam GLF ini, orang ramai dijadikan sebagai daya penggerak dimana pembangunan adalah berintensifkan buruh. 

GLF ini telah dilancarkan pada musim bunga tahun 1958.
Tujuan : GLF ini adalah bertujuan untuk mengubah ekonomi negara China yang berasaskan pertanian kepada ekonomi perindustrian dan komunis moden melalui pertanian, perindustrian dan pengkolektifan. 

GLF ini adalah satu ciplakan daripada sistem yang telah dilakukan oleh Kesatuan Soviet tetapi telah dimasukkan unsur-unsur kebudayaan China. 

Mao Zedong mahu membuktikan bahawa negara China negara yang kuat dan tidak mahu dianggap sebagai negara yang bergantung kepada kuasa luar terutamanya negara Barat seperti Great Britain.

GLF ini melibatkan pembangunan berintensifkan buruh iaitu buruh dalam negara yang ramai dan murah, tanpa menggunakan atau mengimport teknologi dari luar. Dalam GLF ini, teknik dan kaedah tempatan digunakan. Buruh yang ramai ini membawa penyelesaian kepada masalah kekurangan dan ketidakseimbangan modal.

Satu sistem komune telah diwujudkan dimana melibatkan penggabungan koperatif2 di seluruh China. Saiz sesebuah komune adalah antara 2000-7000 keluarga. Di anggarkan sehingga 1958, terdapat 26,578 buah komune. Komune ini merupakan unit kepada pengeluaran dan juga bertanggungjawab terhadap pentadbiran, keamanan, keselematan dan pendidikan petani. 
Melalui GLF ini, golongan petani disusun semula ke dalam Komun besar-besar bagi mewujudkan revolusi teknologi pertanian.

Pada masa yang sama, dalam Great Leap Forward ini, industri berat terutamanya keluli diberi keutamaan yang tinggi. Hal ini telah menjejaskan pertanian dan industri ringan akibat kekurangan buruh di mana buruh di kedua-dua kawasan bandar dan juga luar bandar, muda atau tua telah digerakkan bagi meningkatkan pemgeluaran besi dan keluli.
Berjuta-juta petani dipindahkan ke bandar untuk bekerja di kilang. 
Di kawasan luar bandar, telah dicanangkan bahawa pembentukan komun ini merupakan satu kejayaan dan mendapat pujian sebagai 'jambatan emas' ke arah masyarakat komunis moden.
 
Namun begitu, rancangan telah mengalami kegagalan dan membawa kepada bencana kebuluran yang teruk.  Kebuluran bermula pada tahun 1958. Ia semakin teruk pada tahun 1959-1961 sehingga menyebabkan kematian berjuta-juta orang.

Faktor Kegagalan GLF:

1) Perpindahan tenaga kerja yang produktif dalam bidang pertanian ke dalam bidang industri. 
Akibat perpindahan berjuta-juta petani ke bandar, maka menyebabkan banyak tuaian dibiarkan reput dan tidak dikutip di sesetengah kawasan.  Hal ini diburukkan lagi dengan serangan belalang yang merosakkan tanaman. maka, kemerosotan dalam pengeluaran hasil makanan.

2) Angka2 statistik yang dilaporkan tidak sama dengan kenyatan di lapangan.
Walaupun tuaian ini merosot, namun pegawai tempatan memalsukan laporan, kononnya hasil tuaian banyak. Faktor ini menyebabkan pihak berkuasa pusat mengira bahawa program ini berjaya, namun yang berlaku adalah sebaliknya. Ia telah dijadikan asas dalam menentukan jumlah bijiran yang perlu diambil oleh kerajaan Negeri untuk dibekalkan ke bandar dan eksport. Akibatnya, baki yang tinggal tidak cukup untuk para petani di kawasan tertentu. Hal ini menyebabkan kebuluran bermula.

Namun, China masih menjadi pengeksport besar bijiran walaupun kebuluran meluas di alami di kawasan luar bandar. Mao masih mahu meyakinkan dunia luar tentang kejayaan rancangannya.

3) Petani dikerah bekerja di kilang.
Petani yang dikerahkan ini tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang pembuatan keluli. Maka, kebanyakan daripada keluli dan besi yang dihasilkan adalah tidak berkualiti dan hanya sia-sia. Selain itu, pengeluaran bijiran makanan juga merosot dengan ketara dalam tempoh 3 tahun berturut-turut. Begitu juga dalam industri pengeluaran.

4) Penggunaan bahan api  untuk memacu industri yang banyak sehingga berlaku kekurangan sumber tersebut dalam industri lain.
Dalam pengeluaran keluli dan besi, backyard steel furnace telah digunakan. Penggunaan kaedah ini memerlukan penggunaan bahan api yang banyak.

5) Cuaca yang teruk pada tahun 1959 dan 19560
Pada tahun 1959 dan 1960, cuaca yang buruk menyebab keadaan menjadi lebih teruk dengan banyak wilayah China telah mengalami masalah kebuluran yang teruk sehingga membawa kematian berjuta-juta orang. Kemarau dan cuaca buruk lain telah menjejaskan 55% daripada tanah yang diusahkan, manakala, 66% tanah pertanian di bahagian utara tidak menerima air langsung.

Kesan GLF

1) Kegagalan pengeluaran makanan.
Akibat pemindahan berjuta-juta petani ke bandar untuk bekerja di kilang untuk berbulan lamanya telah menjejaskan pertanian dan industri ringan di kuar bandar. Akibat kekurangan buruh, banyak hasil tuaian dibiarkan reput dan tidak dikutip. Tanaman juga tidak dijaga dan beri perhatian. Keadaan bertambah teruk apabila serangan belalang yang telah merosakkan tanaman. Kesannya, stok makann semakin berkurang.

2) Kadar kematian meningkat.
Pada awal 50-an, China mengalami penurunan kadar kematian yang sangat pesat. 
pencapaian ini disebabkan oleh gencatan senjata, pengurangan tahap kemiskinan, peningkatan penjagaan kesihatan dan juga peningkatan kadar keusburan yang memberi kesan kepada komposisi umur penduduk.
Namun begitu, setelah GLF diperkenal, trend menurun dalam kematian ini bagaimanapun berubah dimana kadar kematian telah meningkat sedikit pada tahun 1958 dan mencapai kemuncak sebanyak 25.4% kematian bagi setiap 1000 orang pada tahun 1960. Hal ini disebabkan oleh kebuluran yang teruk akibat GLF.
Kematian bayi dan kanak dapat dilihat meningkat secara mendadak pada tahun-tahun kebuluran. 
2 pemerhatian dapat dibuat mengenai survival bayi pada tahun2 kebuluran iaitu
- kelahiran tahun 1958 dan 1959 dilihat mengalami peningkatan kadar kematian yang ketara berbanding kelahiran bagi tahun 1957 dan 1960. Pada 1961, kehidupan bayi kembali kepada peringkat normal kerana pada tahun tersebut tempoh kebuluran berakhir.

3) Penangguhan perkahwinan
penurunan dalam jumlah kadar perkahwinan pertama mendadak berlaku  iaitu dari 0.9 pada tahun 1958 kepada 0.7 pada tahun 1959. Hal ini telah mencerminkan tindak balas yang hebat terhadap kebuluran dalam bentuk penangguhan perkahwinan pada skala yang besar.

4) Kesuburan menurun
Impak kebuluran terhadap kesuburan dapat dilihat secara berperingkat dan beberapa jarak masa. 
pertengahan 1950-an, kadar kesuburan adalah tinggi di seluruh China. Akibat penangguhan perkahwinan, usia penduduk yang bertambah menyebabkan kesuburan semakin berkurang. Krisis kesuburan berlaku di dalam dan luar bandar. Namun krisis kesuburan di bandar adalah lebih teruk berbanding luar bandar. Kawasan luar bandar pulih dari krisis lebih cepat daripada bandar.


Sumber: 
- Nota Kuliah 
- Pembacaan dr Internet



Thursday 23 May 2013

JADUAL EXAM DA KELUAR!!!

My Exam Schedule Sem 2 2012/2013


 hopefully dapat jawab dgn succes...
aza2 fighting isma!!!
wish me luck ya!!!

- AMIN -


Wednesday 8 May 2013

AL KISAH PUDING KARAMEL FEVERETKU!!!

Disebabkan suke sangat makan puding karamel...
so saye amik inisiatif untuk belajar buat puding ni...haha...
bile bukak You Tube jumpa la video ni... 
Senang amat cara nk buatnyer... 
apalagi...jom ke dapur....>_~

 


  Hasilnyer....



Mehla makan..hehe.. (Y)