Tuesday, 11 June 2013

GREAT LEAP FORWARD???

Great Leap Forward  (GLF)

GLF merupakan satu dasar atau rancangan ekonomi yang telah diperkenalkan oleh Mao Zedong. Mao Zedong merupakan pemimpin kepada Parti Komunis China dan pemimpin negara China selepas Chiang. GLF ini telah dilancarkan pada tahun 1958 sehingga 1961. 

Pada Nov  1957, semasa mesyuarat wakil komunis dan Parti Pekerja di Moscow, yang dipengerusikan oleh Mao telah mencadangkan satu matlamat untuk mengatasi Great Britain dalam pengeluaran industri. Mao Zedong telah memperkenalkan GLF ini. Dalam GLF ini, orang ramai dijadikan sebagai daya penggerak dimana pembangunan adalah berintensifkan buruh. 

GLF ini telah dilancarkan pada musim bunga tahun 1958.
Tujuan : GLF ini adalah bertujuan untuk mengubah ekonomi negara China yang berasaskan pertanian kepada ekonomi perindustrian dan komunis moden melalui pertanian, perindustrian dan pengkolektifan. 

GLF ini adalah satu ciplakan daripada sistem yang telah dilakukan oleh Kesatuan Soviet tetapi telah dimasukkan unsur-unsur kebudayaan China. 

Mao Zedong mahu membuktikan bahawa negara China negara yang kuat dan tidak mahu dianggap sebagai negara yang bergantung kepada kuasa luar terutamanya negara Barat seperti Great Britain.

GLF ini melibatkan pembangunan berintensifkan buruh iaitu buruh dalam negara yang ramai dan murah, tanpa menggunakan atau mengimport teknologi dari luar. Dalam GLF ini, teknik dan kaedah tempatan digunakan. Buruh yang ramai ini membawa penyelesaian kepada masalah kekurangan dan ketidakseimbangan modal.

Satu sistem komune telah diwujudkan dimana melibatkan penggabungan koperatif2 di seluruh China. Saiz sesebuah komune adalah antara 2000-7000 keluarga. Di anggarkan sehingga 1958, terdapat 26,578 buah komune. Komune ini merupakan unit kepada pengeluaran dan juga bertanggungjawab terhadap pentadbiran, keamanan, keselematan dan pendidikan petani. 
Melalui GLF ini, golongan petani disusun semula ke dalam Komun besar-besar bagi mewujudkan revolusi teknologi pertanian.

Pada masa yang sama, dalam Great Leap Forward ini, industri berat terutamanya keluli diberi keutamaan yang tinggi. Hal ini telah menjejaskan pertanian dan industri ringan akibat kekurangan buruh di mana buruh di kedua-dua kawasan bandar dan juga luar bandar, muda atau tua telah digerakkan bagi meningkatkan pemgeluaran besi dan keluli.
Berjuta-juta petani dipindahkan ke bandar untuk bekerja di kilang. 
Di kawasan luar bandar, telah dicanangkan bahawa pembentukan komun ini merupakan satu kejayaan dan mendapat pujian sebagai 'jambatan emas' ke arah masyarakat komunis moden.
 
Namun begitu, rancangan telah mengalami kegagalan dan membawa kepada bencana kebuluran yang teruk.  Kebuluran bermula pada tahun 1958. Ia semakin teruk pada tahun 1959-1961 sehingga menyebabkan kematian berjuta-juta orang.

Faktor Kegagalan GLF:

1) Perpindahan tenaga kerja yang produktif dalam bidang pertanian ke dalam bidang industri. 
Akibat perpindahan berjuta-juta petani ke bandar, maka menyebabkan banyak tuaian dibiarkan reput dan tidak dikutip di sesetengah kawasan.  Hal ini diburukkan lagi dengan serangan belalang yang merosakkan tanaman. maka, kemerosotan dalam pengeluaran hasil makanan.

2) Angka2 statistik yang dilaporkan tidak sama dengan kenyatan di lapangan.
Walaupun tuaian ini merosot, namun pegawai tempatan memalsukan laporan, kononnya hasil tuaian banyak. Faktor ini menyebabkan pihak berkuasa pusat mengira bahawa program ini berjaya, namun yang berlaku adalah sebaliknya. Ia telah dijadikan asas dalam menentukan jumlah bijiran yang perlu diambil oleh kerajaan Negeri untuk dibekalkan ke bandar dan eksport. Akibatnya, baki yang tinggal tidak cukup untuk para petani di kawasan tertentu. Hal ini menyebabkan kebuluran bermula.

Namun, China masih menjadi pengeksport besar bijiran walaupun kebuluran meluas di alami di kawasan luar bandar. Mao masih mahu meyakinkan dunia luar tentang kejayaan rancangannya.

3) Petani dikerah bekerja di kilang.
Petani yang dikerahkan ini tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang pembuatan keluli. Maka, kebanyakan daripada keluli dan besi yang dihasilkan adalah tidak berkualiti dan hanya sia-sia. Selain itu, pengeluaran bijiran makanan juga merosot dengan ketara dalam tempoh 3 tahun berturut-turut. Begitu juga dalam industri pengeluaran.

4) Penggunaan bahan api  untuk memacu industri yang banyak sehingga berlaku kekurangan sumber tersebut dalam industri lain.
Dalam pengeluaran keluli dan besi, backyard steel furnace telah digunakan. Penggunaan kaedah ini memerlukan penggunaan bahan api yang banyak.

5) Cuaca yang teruk pada tahun 1959 dan 19560
Pada tahun 1959 dan 1960, cuaca yang buruk menyebab keadaan menjadi lebih teruk dengan banyak wilayah China telah mengalami masalah kebuluran yang teruk sehingga membawa kematian berjuta-juta orang. Kemarau dan cuaca buruk lain telah menjejaskan 55% daripada tanah yang diusahkan, manakala, 66% tanah pertanian di bahagian utara tidak menerima air langsung.

Kesan GLF

1) Kegagalan pengeluaran makanan.
Akibat pemindahan berjuta-juta petani ke bandar untuk bekerja di kilang untuk berbulan lamanya telah menjejaskan pertanian dan industri ringan di kuar bandar. Akibat kekurangan buruh, banyak hasil tuaian dibiarkan reput dan tidak dikutip. Tanaman juga tidak dijaga dan beri perhatian. Keadaan bertambah teruk apabila serangan belalang yang telah merosakkan tanaman. Kesannya, stok makann semakin berkurang.

2) Kadar kematian meningkat.
Pada awal 50-an, China mengalami penurunan kadar kematian yang sangat pesat. 
pencapaian ini disebabkan oleh gencatan senjata, pengurangan tahap kemiskinan, peningkatan penjagaan kesihatan dan juga peningkatan kadar keusburan yang memberi kesan kepada komposisi umur penduduk.
Namun begitu, setelah GLF diperkenal, trend menurun dalam kematian ini bagaimanapun berubah dimana kadar kematian telah meningkat sedikit pada tahun 1958 dan mencapai kemuncak sebanyak 25.4% kematian bagi setiap 1000 orang pada tahun 1960. Hal ini disebabkan oleh kebuluran yang teruk akibat GLF.
Kematian bayi dan kanak dapat dilihat meningkat secara mendadak pada tahun-tahun kebuluran. 
2 pemerhatian dapat dibuat mengenai survival bayi pada tahun2 kebuluran iaitu
- kelahiran tahun 1958 dan 1959 dilihat mengalami peningkatan kadar kematian yang ketara berbanding kelahiran bagi tahun 1957 dan 1960. Pada 1961, kehidupan bayi kembali kepada peringkat normal kerana pada tahun tersebut tempoh kebuluran berakhir.

3) Penangguhan perkahwinan
penurunan dalam jumlah kadar perkahwinan pertama mendadak berlaku  iaitu dari 0.9 pada tahun 1958 kepada 0.7 pada tahun 1959. Hal ini telah mencerminkan tindak balas yang hebat terhadap kebuluran dalam bentuk penangguhan perkahwinan pada skala yang besar.

4) Kesuburan menurun
Impak kebuluran terhadap kesuburan dapat dilihat secara berperingkat dan beberapa jarak masa. 
pertengahan 1950-an, kadar kesuburan adalah tinggi di seluruh China. Akibat penangguhan perkahwinan, usia penduduk yang bertambah menyebabkan kesuburan semakin berkurang. Krisis kesuburan berlaku di dalam dan luar bandar. Namun krisis kesuburan di bandar adalah lebih teruk berbanding luar bandar. Kawasan luar bandar pulih dari krisis lebih cepat daripada bandar.


Sumber: 
- Nota Kuliah 
- Pembacaan dr Internet



No comments:

Post a Comment