Saturday 10 December 2011

FIRST FIELDWORK!!!!!!!

my FIRST fieldwork ialah fieldwork mengukur profil rentas sungai....fieldwork adalah di Sungai Bernam...

antara alat-alat yang digunakan ialah :
  • Pancang jajar
    • pancang jajar merupakan tiang tinggi berukuran 2 meter yang bertanda merah putih setiap 50cm.
    • ia digunakan untuk menjajar sesuatu pengukuran linear semasa mengukur profil.

pancang jajar

 

tiang belang merah putih tu ialah pancang jajar...

  •  Pita pengukur
    • Pita pengukur digunakan untuk kerja-kerja pengukuran jarak.

    pita pengukur

  • Klinometer
    • Klinometer digunakan untuk menentukan sudut rendah atau tinggi.

    
    
    klinometer


  • Jaket keselamatan
    • Jaket keselamatan diperlukan sebagai langkah keselamatan apabila melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan air.

  • Alat tulis
    • Digunakan untuk mencatat dan merekodkan setiap pencerapan atau pengukuran.

Seterusnya...langkah-langkah yang terlibat dalam pencerapan dan pegukuran profil rentas sungai....
Langkah yang terlibat dalam pengukuran profil rentas Sungai Bernam:
1.      Langkah pertama sebelum memulakan kerja penandaan dan pengukuran adalah meninjau kawasan yang hendak diukur. Dengan tinjauan ini, gambaran mengenai keadaan rupabumi kawasan tersebut diperolehi dan dapat mengesan kawasan yang paling sesuai untuk memudahkan  kerja penandaan dan pengukuran dilakukan.

2.      Apabila kawasan yang hendak diukur telah dikenalpasti, di tempat permulaan iaitu stesen1, ambil 2 batang pancang jajar dan  dan labelkan pancang jajar tersebut iaitu pancang A dan pancang B. Kemudian pacakkan nya dengan jarak 2 meter antara pancang jajar tersebut. Jarak antara pancang tersebut adalah tetap.

3.      Pastikan bahawa kedua-dua pancang jajar tegak dan tidak condong. Minta pembantu untuk memegang pancang jajar tersebut.

4.      Ambil klinometer dan rapatkan pada pancang jajar A pada tanda ketinggian yang sesuai. Semasa memegang klinometer pastikan ia berada di sebelah kanan. Pastikan klinometer itu tidak bergerak.supaya bacaan sudut yang tepat dapat diambil. Maklumat kanta hanya akan memberikan maklumat yang betul apabila ia berasa dikedudukannya betul.

5.      Kemudian, tutup satu mata dan lihat pancang jajar yang satu lagi iaitu pancang jajar B pada tanda ketinggian yang telah ditetapkan dan sama seperti pancang jajar A melalui kanta klinometer. Melalui kanta klinometer tersebut kita dapat melihat sudut. Sudut klinometer itu perlu dilaraskan sehingga sudut yang betul ditemui yang menunjukkan tanda ketinggian pada pancang jajar B.

6.      Ambil bacaan sudut tersebut dan rekodkannya.

7.      Seterusya, selepas bacaan direkod, angkat pancang jajar A dan bawa ke hadapan pancang jajar B dengan jarak yang sama antara pancang jajar tersebut iaitu 2 meter untuk mengambil bacaan sudut yang seterusnya. Pancang jajar A yang telah diangkat tadi akan ditukar menjadi pancang jajar C apabila berada di hadapan pancang jajar B. Pancang jajar B tidak perlu diangkat. Bacaan sudut akan diambil dari pancang jajar B ke pancang jajar C.

8.      Data yang diperoleh di rekod dan cara pengukuran dan pencerapan yang serupa dilakukan bagi stesen-stesen yang berikutnya sehingga penghabisan untuk rentasan tersebut. 




my group ^_^

so, inilah fieldwork first saya bersama kawan2 yang laen.....best sangat dpt g fieldwork....
dpt lecturer yg sporting...lagi best....hehe....~ ~
last but not least...saya hope post saya ney bergune utk korang....anyeong gaseyo....^^


Friday 2 December 2011

SEMESTER 1

1) KAJIAN SUMBER ALAM DAN ALAM SEKITAR (HGF3032)

2) PENGANTAR PERSEKITARAN MANUSIA (HGM3013)

3) PENGANTAR PERSEKITARAM FIZIKAL(HGF3013)

4)TEKNIK-TEKNIK DAN KAEDAH KUANTITATIF DALAM GEOGRAFI (HGR3013)

5)KENEGARAAN (HNS2013)

6)WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU (FMW3032)

7)PENGURUSAN KOKURIKULUM (CMP2011)

Thursday 1 December 2011

KEDIAMANKU SEBAGAI MAHASISWA

alhamdulillah....


tinggal kat kolej kediaman universiti ney agk best la....
rumah die cam apartment....
1 rumah de 3 bilik...so de 6 org...
ade 4 malay and 2 indian....
saya duk bilik no 3....
bilik no 3 ney agk kecik kalau nk dibandingkan dengan bilik 1 dan 2....
huhu....but its okie...x kesa pun...
tp part yg paling best sekali....2 org housemate same kos lak ngan saya...
hepy sangat2...

name drg salwa dan iera....
drg ney duk berdua so x sebilik la ngan saya...
saya seblik ngan dak kos bahasa arab....wani name die...
so memang die expert la lam bahase arab...
 baik budaknye tp perangai gile2 cam saya gak...haha...
next... yg 2 housemate indian tue name drg anita dan rajesh....
drg amik kos bahase tamil...kdg teringin nk bljar bahase tamil...hihi...
terbelit2 lidah kang...haha...^^
so boleh dikatakan kitorang ney satu malaysia la kan...haha




 ini dia roomate saya...
walaupun baru kenal...
saya sayang korang semua taww....^^
cute kan drg.... ngee ~~





BEST KE JADI MAHASISWA???

assalamualaikum....


anyeong....name saya isma.....
PANGGIL JE ISMA...senang kan...
pada tanggal 7 september 2011....
saya mendaftar sbg peljar kos pendidikan geografi di sebuah universiti....
sejak masuk uni ney....
tetiba je rase nk wat blog...hihi
memandang kan saya ney student geografi...
maka, blog saya diberi nama Evergreen Gurlz....
hijau2 gtu...
walaupun x bape nk hijau blog die...haha
so lam blog ney aq akan meng'upload' perkara berkaitan geografi....
plus, saya akan tulis gak ape2 je yg menarik dan ape yg saya rase...
klau tulis sal geografi je mesti boring kan....
blog saya suke hati saya la kan...hehe....
anyway....
BEST KE JADI MAHASISWA ney....??
ntah la...haha...
'i love subjek geografi'....itula yg ade lam hati aq b4 masuk uni....
 tp bila da msuk uni n kuliah  bermule....huhu...
rupenye geografi bukan sebarang subjek...
plus, lifestyle in universiti sangat berbeza klau nk compare ngan mase sek dlu....
sek lain...uni lain...hmmm...
kt cni kite kena la pandai survive kan....
walau betape susah sekali pun i'll try d best and never give up....
isma!!! chaiyookk!!!
p s : ade satu ag nk ckp......
saya ney KPOP luver..... 
hello kpopers!!!!
and i'm proud to be E.L.F !!!!!